Pandangan-pandangan lain Pandangan-pandangan mengenai Jesus Christ

Agama Bahai menganggap Jesus, bersama-sama dengan Muhammad, Gautama Buddha, dan lain-lain lagi sebagai "Jelmaan-jelmaan" (atau nabi-nabi) Tuhan, dengan sifat-sifat manusia dan ketuhanan. Sedangkan sesetengah pandangan Bahai mengenai Jesus adalah sepadan dengan pandangan-pandangan orang Kristian, orang-orang Kristian tidak menerima pandangan Bahai mengenai Jesus. [12]

Mandaeanisme menganggap Jesus sebagai nabi yang memperdaya (mšiha kdaba) bagi tuhan palsu Yahudi dalam Wasiat Lama, Adonai, [13] serta penentang kepada John si Baptis, nabi yang baik. Walaupun demikian, mereka mempercayai bahawa Johnlah yang membaptiskan Jesus.

Gerakan Zaman Baru menyokong berbagai-bagai pandangan terhadap Jesus, dengan sesetengah wakil (seperti Kursus Mukjizat) mencuba menurun beliau. Banyak orang mengakui bahawa beliau adalah seorang "guru agung" yang serupa dengan Gautama Buddha, dan mengajar bahawa keadaan Christ adalah sesuatu yang semua orang boleh mencapai. Pada masa yang sama, banyak ajaran Zaman Baru, umpamanya penjelmaan semula, kelihatan membayangkan ketidakselesaan dengan agama Kristian tradisional. Banyak subkumpulan Zaman Baru mendakwa bahawa Jesus adalah penyokong mereka, dan sering membabitkan perbezaan-perbezaan atau bantahan-bantahan terhadap aliran utama Kristian. Umpamanya, Teosofi dan cabang-cabangnya mengatakan bahawa Jesus mengkaji esoterisisme di Himalaya atau Mesir pada tempoh "tahun-tahun hilang"nya.

Terdapat juga orang-orang yang menegaskan ajaran-ajaran moral Jesus. Garry Wills memperdebatkan bahawa etika Jesus adalah berbeza dengan etika yang biasa diajar oleh agama Kristian. [14] Seminar Jesus [15] menggambarkan Jesus sebagai seorang pengkhutbah yang pergi dari satu tempat ke satu tempat (Matt 4:23) untuk mengajar keamanan (Matt 5:9) dan kasih sayang (Matt 5:44), hak-hak wanita (Luke 10:42) dan kehormatan kepada kanak-kanak (Matt 19:14), dan yang bersuara menentang kepura-puraan pemimpin-pemimpin agama (Luke 13:15) dan orang-orang kaya (Matt 19:24). Banyak penyokong humanisme, ateisme, dan agnostisisme berasa empati dengan prinsip-prinsip moralnya ini. Thomas Jefferson, salah seorang Pengasas yang banyak orang menganggap sebagai penyokong deisme, mencipta sebuah "Bible Jefferson" untuk orang-orang Indian Amerika yang berjudul "Kehidupan dan Ajaran Moral Jesus dari Nazareth" dan yang hanya merangkumi ajaran-ajaran etika Jesus.



Ahmadiyyah

Rencana utama: Ahmadiyya

Mirza Ghulam Ahmad (1835–1908), pengasas Gerakan Ahmadiyyah, menulis dalam bukunya, Jesus di India (April 1896), bahawa Jesus tidak mati selepas penyalibannya dan kemudian pergi ke India, di mana beliau hidup (dan mati) sebagai nabi di bawah nama Yuz Asaf. Ahmad memperdebatkan bahawa apabila Jesus diturunkan dari salib, beliau pengsan dalam keadaan yang serupa dengan Jonah di dalam perut ikan Matthew 12:40 (lihat Hipothesis pengsan). Sejenis ubat yang dikenali sebagai Marham-e-Issa (Salap Jesus) digunakan untuk menyapu cederanya dan beliau berpulih. Mengutip bahan-bahan daripada kitab-kitab Bible, Al-Quran dan Buddhisme, Ahmad menulis bahawa Jesus berjumpa dengan Mary, hawari-hawari, dan orang-orang lain dengan tubuh manusianya (bukan tubuh yang dihidupkan semula), seperti yang terbukti oleh cedera-cederanya, dan kemudian berada di sekitar Jerusalem secara rahsia selama lebih kurang empat puluh hari. Buku itu menggunakan dokumen-dokumen sejarah untuk mencadangkan bahawa Jesus pergi ke Nasibain (Nisbis), Afghanistan, dan kemudiannya ke Kashmir untuk mencari sesetengah puak Israel hilang, yang dikatakan menetap di timur, lebih kurang 700 tahun dahulu.

Kebanyakan pengikut Ahmad juga mempercayai bahawa rujukan kepada Kedatangan Kedua Jesus dalam kitab-kitab merupakan alegori dan sebenarnya merujuk kepada ketibaan Mirza Ghulam Ahmad. Pandangan Ahmadiyya ini tentang Jesus adalah salah satu alasan utama mengapa gerakan ini dianggap menyeleweng dan sesat oleh aliran utama Islam.

Yuz Asaf yang dianggap sebagai Jesus oleh Gerakan Muslim Ahmadiyya, sebuah golongan minoriti, juga dianggap sebagai seorang tokoh suci oleh sesetengah penganut agama Hindu dan agama Buddha.

Rujukan

WikiPedia: Pandangan-pandangan mengenai Jesus Christ http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://www.aish.com/jewishissues/jewishsociety/Why... http://www.askmoses.com/qa_detail.html?h=120&o=350 http://www.biblegateway.com/passage/?search=Luke%2... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Luke%2... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe...